Peminat Star Wars dan juga LEGO, ini adalah produk yang perlu ada dalam simpanan ada. Kapal angkasa ikonik milik Han Solo ini kini di-LEGO-kan dan merupakan model termahal dihasilkan LEGO setakat ini.

Dengan 7,541 kepingan LEGO, Millennium Falcon dari siri Utimate Collectors ini adalah impian buat peminat setia Star Wars. Setiap perincian pada kapal ini diambil berat oleh pihak LEGO supaya ianya hampir sama seperti Millennium Falcon yang muncul di dalam filem Star Wars.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Ianya akan dijual pada harga USD800(lebih kurang RM3,400). Memang mahal tetapi buat pengumpul tegar LEGO, harga bukan penghalang. Set deluxe ini juga akan hadir dengan figura Han Solo, Princess Leia, Chewbacca, C-3PO, Finn dan Rey. Ianya akan mula dijual bermula October ini. Cantik Millennium Falcon apabila dipasang dan dipamerkan di ruang tamu.

fl1

Fl2

fl3

fl4

fl5