Jika anda pernah membaca mengenai kisah seorang wanita berasal dari Johor yang ditahan di Singapura akibat ditipu rakan niaganya yang akhirnya menyebabkan beliau sendiri ditahan di negara tersebut, kini dibebaskan. Nur Sabrina Ahmad telah berada dalam tahanan pihak berkuasa Singapura akibat menjual barangan palsu semenjak bulan puasa yang lalu.
Semalam menerusi perkongsian post di Facebook pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Goodwill Aid Singapura, Siti Nurani Salim berkata perbicaraan Sabrina kini sudah berakhir dan hanya perlu membayar saman dan tidak perlu di penjara.
Untuk pengetahuan, badan tersebut telah banyak menolong Sabrina selama beliau ada di Singapura. Antara usaha yang dilakukan oleh Goodwill Aid ialah membuat jualan amal untuk disalurkan kepada Sabrina sekaligus membantu meringankan beban kewangan untuk membayar saman.
Menerusi post di akaun peribadi Sabrina juga beliau sempat meluahkan rasa syukur dengan keputusan perbicaraan tersebut dan kini sedang menunggu proses menyiapkan dokumen untuk pulang ke tanah air. Semoga kes ini menjadi iktibar buat penjual-penjual barangan tiruan di luar sana.