Pada hari ini WhatsApp Group digunakan untuk memudahkan cikgu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar mengenai aktiviti dan perkara penting berkaitan sekolah.
Bagaimanapun ada segelintir ibu bapa yang bertanyakan perkara-perkara remeh di dalam WhatsApp Group itu sehingga membuatkan cikgu berasa rimas.
Baca Juga:
- Cikgu SMK Anak 5 Disiasat Kerana Bercinta Dengan Pelajar Lelaki 17 Tahun
- ‘Cikgu Cakap Lagu Sampah, Saya Tidak Akan Berjaya’ – Najwa Latif
- Cikgu Fadli Penuhi Permintaan Terakhir Murid, Bawa Lamborghini Ke Majlis Persaraannya
Baru-baru ini tular satu tangkap layar menunjukkan seorang cikgu menegur segelintir ibu bapa yang setiap hari bertanyakan mengenai kerja sekolah (homework) anak mereka.
“Salam, maaf tanyalah. Apa masalah ibu di sini yang nak sangat melayan anak tak siap kerja? Sepatutnya kita ajarkan anak-anak itu erti tanggungjawab, bukan kita yang memanjakan dia.
“Hari-hari tanya ada homework ke tak, siapa yang datang sekolah sebenarnya? Anak-anak itu ada tak dalam kelas masa cikgu mengajar?”
“Memang jadi tanggungjawab cikgu untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?
“Kalau darjah 1 saya boleh faham lagi, ini sudah darjah 4.
“Tolong ya, WhatsApp Group ini untuk makluman penting berkaitan sekolah. Bukan untuk ibu-ibu mengadu anak tidak siap kerja dan sebagainya.
“Saya harap semua ibu bapa boleh bagi kerjasama, terima kasih,” luah Cikgu Zulaikha.
Cikgu Zulaikha juga berkongsi tangkap layar sebahagian ibu bapa yang ada di dalam WhatsApp Group memberi alasan mengapa anak mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah.
“Macam mana nak lahirkan anak-anak yang fokus, peka, bertanggungjawab kalau kita jadi ‘bapa Sazali’ (cerita P.Ramlee)? Maaflah, saya tidak pukul rata sebab saya percaya masih ramai ibu bapa yang ada common sense dan tak memanjakan sampai merosakkan anak sendiri.
“Tapi, ibu bapa yang terlampau memanjakan anak begini memang patut dicantas daripada awal,” kata beliau.
Hantaran Facebook itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai guru-guru lain yang bersetuju dengan luahan Cikgu Zulaikha itu.
Sepatutnya para pelajar yang cakna dengan tugasan yang diberikan guru mereka. Bukan ibu bapa yang perlu bertanyakan kepada guru setiap hari.
Menurut guru-guru lain, apabila ‘dilayan’ nanti segelintir ibu bapa akan ‘naik lemak’ dan mula bertanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya di dalam WhatsApp Group itu.
Sementara itu, dalam satu hantaran Facebook yang lain, Cikgu Zulaikha menjelaskan WhatsApp Group itu bukan miliknya. Jadi beliau tidak dapat mengehadkan perbualan ibu bapa di dalamnya.
Beliau juga tidak kisah jika ibu bapa mahu bertanya, namun pastikan soalan yang diberi itu bersesuaian. Bukanlah soalan yang boleh diselesaikan secara common sense.
Akhir sekali, Cikgu Zulaikha berharap agar ibu bapa memberikan ‘ruang’ kepada anak-anak mereka belajar menjadi seseorang yang bertanggungjawab — sekiranya tidak siap kerja sekolah, maka siap sedialah dengan ‘denda’ atas kecuaian dan kelalaian diri sendiri — ia sebagai satu pengajaran ke atas murid-murid tersebut.
“Saya punya pandangan sebegini adalah adalah disebabkan oleh latar belakang murid saya, tetapi mungkin juga berbeza dengan latar belakang murid di sekolah-sekolah bandar atau mungkin yang jauh di pedalaman.
“Pandangan kita juga mungkin akan berbeza berdasarkan subjek yang diajar. Apa pun, tujuan kita semua tetap sama. Kita tetap mahukan yang terbaik untuk semua anak murid kita,” jelas Cikgu Zulaikha mengenai hantaran dikongsikannya itu.