Pada minggu lalu, Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Athira Yuhada dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Shah Alam Selangor.

Menerusi satu temu bual, Hafidz menzahirkan rasa syukur kerana bertemu jodoh buat kali kedua selain urusan pernikahannya berjalan lancar.

Baca Juga:

@melodiberapi

Pelakon Hafidz Roshdi memohon agar peminatnya mendokan kebahagian rumahtangga yang dibina ini. #meloditv3 #fypシ゚viral #hafidzroshdi #kahwin #athira #ceritaartismalaysia #suhada #sensasi #panas

♬ original sound – Melodi – Melodi

“Terima kasih kepada yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.

“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Satu kesilapan dia, semua kebaikan dia kita dah tak nampak.” ujar Hafidz.

Sebelum ini, Hafidz memaklumkan bahawa dia menerima rawatan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental yang dialaminya iaitu Bipolar.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai lalu dan dikurniakan dua cahaya mata.