Seorang pemandu kereta dari Singapura mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia selepas beliau dilihat mengisi minyak kereta dengan menggunakan RON95.

Kejadian ini berlaku di sebuah stesen minyak di Nusa Sentral, Johor Bahru yang mana pemandu tersebut turut mengisi tong kosong dengan minyak RON95.

Baca Juga:

RON95
Pemandu Singapura

RON95 Hanya Untuk Rakyat Malaysia

Kejadian ini nyata mengundang kemarahan netizen Malaysia yang mengutuk tindakan pemandu Singapura itu yang seolah-olah tidak menghormati undang-undang negara ini.

“Mampu beli kereta mahal macam Mini Cooper, tetapi tak mampu membeli petrol?” tulis seorang netizen.

RON95
Pemandu Singapura

Ada juga netizen yang mahu pihak berkuasa untuk lebih peka bagi mengelakkan warga asing mencuri minyak dari rakyat Malaysia.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kenderaan berdaftar asing dilarang membeli petrol RON95 sejak 1 Ogos 2010.

RON95
Sumber Gambar: Kosmo

Peraturan ini terpakai kepada semua kenderaan yang didaftarkan di luar Malaysia, termasuk kenderaan dari Singapura dan Thailand.

Peraturan itu diperkenalkan untuk menghalang pemandu asing daripada mengambil kesempatan daripada bahan api bersubsidi Malaysia, yang ditujukan khas untuk rakyat tempatan.