Sharp dan RED sememangnya jaguh dalam dua kategori yang berbeza namun masing-masing mempunyai minat yang sama dalam penawaran resolusi dan paparan tertinggi buat para pengguna.

Terbaru, kedua-dua syarikat ini telah bekerjasama untuk menghasilkan  sebuah TV bersaiz 70-inci dengan resolusi 8K. TV yang bakal dikeluarkan ini disasarkan untuk pengguna bagi menonton sukan olimpik 2020 yang ditawarkan melalui resolusi 8K. Harga mencecah 6 angka antara yang dijangkakan berdasarkan teknologi yang ditawarkan.

Anda boleh tonton video ini dan laraskan kepada resolusi 8K untuk melihat kualiti yang ditawarkan. Oh ya, pastikan anda mempunyai kelajuan internet yang tinggi serta monitor sekurang-kurang yang menyokong resolusi 4K untuk kepuasan yang berganda.