Bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong dilaporkan menjadi pilihan untuk mengendalikan skuad Asean All Stars pada aksi persahabatan menentang Manchester United yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei ini.

Dipetik dari perkongsian media Indonesia, antara sebab mengapa Tae-yong menjadi pilihan adalah kerana beliau sedang bergelar ejen bebas selepas dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI).

Baca Juga:

Shin Tae-yong
Sumber Gambar: tvOneNews

Shin Tae-yong Sesuai Kendalikan Pemain Asean.

Tae-yong dianggap sesuai untuk mengendalikan pemain Asean kerana beliau telah mencipta impak yang besar di rantau ini sewaktu mengendalikan skuad Garuda.

Jurulatih kelahiran Korea itu pernah membimbing skuad senior Indonesia muncul sebagai naib juara saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada edisi 2020 selain menduduki tangga keempat dalam temasya AFC B-23 Tahun pada 2024.

Shin Tae-yong juga berjaya melakukan transformasi ke atas skuad senior Garuda dimana mereka menampilkan aksi yang jauh lebih baik khususnya dengan gabungan pemain warisan dan naturalisasi.

Shin Tae-yong
Sumber Gambar: Timnas Indonesia

Menurut laporan NST, bekas juara Liga Perdana Inggeris itu akan turun mementang Asean All Stars pada 28 Mei dan Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue perlawanan.

Masih belum ada maklumat rasmi mengenai barisan pemain yang akan membarisi Asean All Stars sama ada akan menggunakan pemain tempatan dari negara anggota atau turut memanggil pemain import.

Antara pemain yang berpotensi dipanggil seperti Chanathip Songkrasin, Suphanat Mueanta, Theerathon Bunmathan dan Supachai Jaided serta Harith Haiqal, Arif Aiman serta Dion Cools.

Dari Singapura, Shawal Anuar, Irfan Fandi, Ikhsan Fandi mempunyai kualiti dan potensi untuk membarisi skuad All Stars bagi aksi menentang skuad kendalian Ruben Amorim itu.

Negara yang sedang bermimpi untuk ke Piala Dunia 2026 iaitu Indonesia boleh diwakili oleh pemain seperti Egy Maulana Vikri, Rafael Struick dan Rizky Ridho manakala Vietnam boleh menghantar penyerangu mereka iaitu Nguyễn Tiến Linh, Đỗ Duy Mạnh dan Nguyễn Hoàng Đức.

Satu lagi negara iaitu Filipina boleh menghantar wakil penjaga gol mereka yang pernah beraksi saingan di Liga Perdana Inggeris iaitu Neil Etheridge, pemain Terengganu, Mannuel Ott dan Gerrit Holtmann.