Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan atau Timnas Indonesia, Shin Tae Yong akhirnya bersuara tentang pemecatannya beberapa minggu lalu.

PSSI telah memutuskan untuk memecah Shin Tae Yong dan menggantikannya dengan Patrick Kluivert.

Sebelum ini Erick Thohir mendedahkan bahawa proses pemecatan itu dijalankan dengan sebaiknya dan mereka sudah menghantar surat makluman kepada Shin Tae Yong.

Antara alasan utama PSSI memecat Shin Tae Yong adalah isu berkaitan dengan komunikasi dan konsistensi.

PSSI jelas sekali mahukan komunikasi lebih baik antara pemain dan jurulatih serta keputusan yang lebih meyakinkan dicipta.

Dengan lambakan bintang berdaran Indonesia-Belanda di dalam skuad Indonesia, pelantikan Kluivert dianggap paling relevan ketika ini.

Namun Sin Tae Yong meluahkan rasa tak puas hatinya. Kerana menurutnya PSSI membuat keputusan secara tiba tiba. Ibarat tidak mengenang budinya yang sudah menjadi batu asas kepada kebangkitan semula bola sepak Indonesia.

Dia dipecat pada hari yang sama jurulatih baharu Indonesia dilantik. Menurut Shin Tae Yong.

Dia berkata: “Saya diberitahu tentang pemecatan saya pada pukul 09:40 pagi tanggal 6 Januari, dan pada siang hari tersebut saya telah diberitahu bahawa ketua jurulatih baharu akan tiba.

“Saya tidak dapat memahami keputusan ini, namun saya menerimanya dengan rendah hati. Selama lima tahun, saya bekerja keras dan bangga telah membangunkan asas untuk sepak bola Indonesia.”

Patrick Kluivert ada tanggungjawab besar dalam usaha dia mahu membantu Indonesia layak ke Piala Dunia yang akan datang.