Servis Buy Now Pay Later (BNPL) sudah digunakan secara meluas di Malaysia yang mana ramai berpeluang mendapatkan barangan idaman terlebih dahulu lalu membuat bayaran secara ansuran bulanan.

Shopee yang turut menawarkan servis BNPL kini mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan caj sebanyak sebanyak 1.5% daripada keseluruhan nilai pembelian bermula 17 Oktober untuk servis berkenaan. Sebelum ini, servis BNPL di bawah SPayLater ditawarkan percuma tanpa yuran pemprosesan untuk pembayaran bulan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Sumber Gambar: Shopee

Namun begitu, perkara ini bakal berubah bermula 17 Oktober 2022 kelak yang mana semua pembelian dibawah BNPL akan dikenakan caj sebanyak 1.5% atas nilai transaksi keseluruhan. Untuk servis SPayLater yang dibahagikan kepada ansuran, nilai yuran pemprosesan 1.5% kekal seperti biasa untuk setiap bulan.

Dengan kenaikkan cas terbaharu ini, mungkin anda boleh mengatur semula kaedah pembelanjaan di Shopee bermula minggu hadapan. Anda bagaimanapun diingatkan untuk membuat perbelanjaan berdasarkan kemampuan ekonomi masing-masing dan bukan hanya mengikut kehendak semata-mata.

Sumber