Shuib kini sedia untuk mengambil tindakan perundangan ke atas mana mana individu yang memberikan kritikan melampau sehingga memburuk burukkan dan cuba menjatuhkan Bubblebee sehingga menjatuhkan syarikat itu.

Shuib sedar bahawa pihaknya banyak menerima komen negatif berkaitan dengan isu tunggakan KWSP.

Baca Juga:

Shuib menyatakan bahawa dia tidak malu mengakui salahnya. Dan dia menjelaskan bahawa dia dan pengurusan baharu telah berusaha untuk melunaskannya.

“Macam KWSP tu, saya dan rakan kongsi saya pun keluar duit kami untuk menyelesaikan isu ini. Sekurang kurangnya selesaikan separuh dulu.”

“Itu yang kita buat, dan itu memang cabaran dalam perniagaan,” tegas Shuib.

@bubblebeemy

100 Cawan Percuma & 20% OFF 🐝🐝 Jom singgah Grand Opening Bubblebee Masjid Tanah, Melaka dengan promo 20% Off (Ala Carte Menu) pada 26 November 2023. Dapatkan juga 100 Cawan Percuma dari Bubblebee serta banyak aktiviti menarik menanti anda semua. Apa tunggu lagi, jumpa di Bubblebee Masjid Tanah. #fyp #fypシ #fypシ゚viral #grandopening #bubblebee #bubblebeemalaysia #newconcept

♬ original sound – BubbleBee – BubbleBee

Walaupun sedar akan cabaran itu, Shuib bersedia menghadapinya demi cita citanya untuk syarikat tersebut yang sangat besar.

Shuib kemudian memberikan amaran kepada pihak pihak yang berniat jahat cuba menjatuhkan Bubblebee bahawa dia tak teragak agak untuk mengambil tindakan tegas secara perundangan.

Sebagaimana dia lakukan sebelum ini ketika dia dituduh menjadi ahli Freemason.

Shuib berkata, jika setakat sekali dua, mungkin dia boleh berlapang dada menganggap ia teguran membina.

“Jika dan masuk tiga atau empat kali, saya rasa itu sudah agak lebih sikit. Seperti mahu menjatuhkan,” tegas beliau kepada Mstar Online.

Shuib sebenarnya tidak mahu sampai ke tahap menyaman orang lain sekali lagi kerana komen di media sosial. Namun jika terpaksa, Shuib tak teragak agak untuk melakukannya.

Selain itu Shuib juga menganggap kritikan melampau itu tidak adil untuk pengurusan tertinggi, dia sendiri dan juga staf yang kira kira dalam 300 orang yang sedang berjuang untuk Bubblebee.

“Jika ada apa apa berlaku kepada syarikat ini, mungkin 300 orang ini boleh hilang pekerjaan mereka, itu saya tidak mahu ia berlaku,” tambah beliau lagi.

Shuib juga berharap mungkin di masa akan datang jumlah staf mereka bertambah daripada 300 orang kepada 500 orang. Kerana pada satu ketika Bubblebee pernah ada 800 staf.

Shuib mengakui apa yang berlaku baru baru ini ada hikmahnya. Di mana dia lebih rapat dengan stafnya. Dia turun padang dengan berjumpa dan bercakap sendiri dengan staf stafnya.

Shuib rasa bersyukur kerana rata rata pekerjanya masih bersemangat untuk berkhidmat dan bekerja di Bubblebee dan bercita cita besar.