Shuib nampaknya kurang sihat dan sempat memuat naik gambar dia berkerusi roda di sebuah hospital selepas mendapatkan rawatan.

Pelawak sensasi itu ternyata tidak berada dalam kondisi fizikal terbaik pada ketika ini.

Baca Juga:

Namun dia menegaskan bahawa keadaannya sudah menjadi lebih baik selepas menerima rawatan.

Shuib menzahirkan terima kasih kepada isterinya Watie yang menjadi tulang belakang membantunya.

Dan kemudian sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya.

Di ruangan komen netizen mendoakan agar Shuib cepat sembuh dan tidak lagi berkerusi roda dalam masa terdekat.  Ini kerana mereka tahu Shuib ketika ini masih ada banyak urusan untuk diselesaikan.

Termasuk isu KWSP yang membelenggu syarikatnya Bubblebee. Di mana beberapa hari lalu Shuib sudah mendedahkan bahawa dia dan pengurusan baharu sedang melakukan langkah pro aktif untuk menyelesaikan isu tersebut.

Isu KWSP di dalam pengurusan Bubblebee menjadi panas apabila ada staf mereka yang menularkan surat layang mendedahkan bahawa syarikat milih Shuib itu tidak mencarum KWSP pekerja selama setahun.

Shuib mengakui ada tunggakan KWSP namun dia menafikan kalau sampai setahun. Sambil berikrar akan berusaha menyelesaikan isu itu.

Namun dengan keadaan semasa Shuib pastinya dia harus mengutamakan dahulu kesembuhannya.

Ada juga yang menasihati Shuib agar kurangkan dahulu aktiviti bermain golf dan fokus kepada pemulihan kesihatan fizikal terlebih dahulu.