Pelawak sensasi, Shuib telah menyatakan bahawa dia sedia untuk kembali bersama dengan Sepahtu dalam program yang menjulang nama mereka iaitu Sepahtu Reunion Live di masa akan datang.

Shuib sebelum ini meninggalkan program itu setelah menerima kritikan kerana lawak yang dianggap melucah untuk tontonan audien secara umum termasuk kanak kanak.

Baca Juga:

Shuib akui bahawa dia kurang menjadi ketika membuat lawak tanpa kumpulan Sepahtu. Shuib berkata dia tidak pernah menutup pintu untuk kembali beraksi bersama Sepahtu dan menganggap segalanya adalah ketentuan Allah SWT.

Dipetik dari laman Beautifulnara, Shuib berkata: “Kehidupan ini penuh dengan kejutan, kita tak tahu. Keputusan yang saya buat dulu mungkin saya rasa ianya adalah keputusan yang mutlak dan betul tapi saya tak tahu ke depan apa yang Allah nak sajikan untuk saya.

“Jadi saya akan menerima apa yang Allah sajikan untuk saya. Selagi mana benda itu saya rasa ada kebaikan untuk saya dan mungkin Allah berkehendak begitu, saya akan ikut.”

Shuib juga mengakui bahawa dia akan teruja jika dapat kembali semula bersama Sepahtu Reunion. Kerana dia berpendapat rancangan itu adalah rancangan komedi terbaik yang pernah dia sertai di dalam kariernya sebagai pelawak.

Jadi adalah mustahil untuk dia tak teruja atau seronok untuk kembali semula ke platform tersebut.

Dia menambah: “Kalau katalah suatu hari saya ada di Sepahtu Reunion balik, saya mungkin akan rasa seronok.

“Saya ada dalam industri sudah 12, 13 tahun. Saya rasa itu adalah buah tangan atau karya yang terbaik pernah saya ada. Bila saya sendiri, saya tahu tak menjadi, tempang juga nampaknya. Saya terima kenyataan itu.”

@yinkwangsoo

FULL PODCAST(YT:KAYPOH) #jep #jepsepahtu #shuib #shuibsepahtu #jeptapan #tapantakgila #rahim #rahimsepahtu #pakyasepahtu #pakya #ilyabuang #ebbyyus #ebbyyussepahtu #sepahtu #sepahtureunion #sepahtureunionlive #jeplive #jepsari #sarijep #sariyantijep #jepsariyanti #lawakmalaysia #lawak #sultan #live #random #lawakmalaysia #lawak #viral #trending #fypage #fypシ #fyp #fypシ゚viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok  #friends #friendship #fypシ #fyp #fypシ゚viral #malaysian #malaysia #malaysiatiktok #beranda #berandatiktok #xyzbca #yinkwangsoo #yin #pelawak #pelawakmalaysia #penghibur #penyanyi #pelakon #sepah #kumpulansepah #sahabat #pakciknasilemak #comedian #komedi #xyzbca #dontletthisflop #dontflop #youtube #yt #podcast

♬ original sound – YIN୧⍤⃝🩷 – YIN୧⍤⃝🩷

Sebelum ini Shuib berjumpa dengan Mamat Sepah. Dan ramai peminat berharap Shuib, Mamat dan Jep kembali beraksi bersama.