Pelawak dan penyampai radio, Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen Suria FM kini berkuat kuasa pada hari ini iaitu 4 Disember 2023.

Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin yang mengatakan Shuib mahu memberi fokus kepada bisnesnya sahaja selepas ini.

Baca Juga:

Kerjasama yang terjalin hampir dua tahun itu dikatakan merupakan satu langkah strategi bagi stesen radio tersebut pada 2023.

DJ Lin meluahkan rasa syukurnya kepada Shuib yang sentiasa menghiburkan pendengar menerusi segmen Morning-Morning Suria sejak 29 Ogos 2022.

“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami.

“Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” katanya.

DJ Lin berkata, komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi memberi pengalaman yang amat berharga buat pihak radionya.

Meskipun memutuskan untuk keluar dari Suria FM, DJ Lin berharap masih ada kerjasama lain di masa akan datang dengan menggunakan pelbagai inisiatif bersama Shuib.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata, pengganti Shuib di Suria FM masih belum dapat diputuskan memandangkan pihak Suria FM baru mendedahkan pengakhiran kerjasama pada Isnin.

“Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai,” katanya.

Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa sedih dengan ketiadaan gandingan Shuib di dalam segmen Morning Morning Suria selepas ini. Ada yang meminta beliau melanjutkan kontrak agar boleh bertugas seperti biasa.

Sumber