Shuib membuka satu lagi cabang perniagaan dalam bidang makanan dan minuman atau FNB selepas Bubblebe, di mana dia membuka kedai makan pula.
Shuib baru sahaja mengumumkan bahawa dia bekerjasama dengan dua lagi rakannya untuk berniaga kedai makan yang diberikan nama House Of Patin.
Baca Juga:
- Masih Tahu Halal Haram, Shuib Nafi Cuci Duit
- Shuib Beri Amaran Akan Heret Pihak Yang Cuba Menjatuhkan Bubblebee Ke Muka Pengadilan
- Selesai Isu KWSP Pekerja, Shuib Dedahkan Dah Setahun Tak Ada Gaji Dekat Bubblebee
House Of Patin adalah kedai makan bagi penggemar ikan patin yang terletak di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Shuib berkongsi perniagaan tersebut dengan Max Koh dan Ahmad Daniar, yang merupakan pengasas House of Patin di Kuala Lumpur.
Menurut Shuib dia sudah lama kenal dengan Ahmad Daniar. Dan dia juga merupakan peminat setia patin tempoyak di restoran Ahmad Daniar sejak lima tahun lalu.
Oleh kerana terlalu suka dengan rasa patin tempoyak yang disediakan oleh House of Patin Kuala Lumpur, maka Shuib telah memutuskan untuk bekerjasama sendiri dengan Ahamd Daniar dan Max Koh untuk menubuhkan House of Patin Melaka.
Shuib menyatakan bahawa House of Patin menawarkan harga yang pelbagai termasuk harga yang berbeza. Daripada menu biasa sehinggalah menu yang dianggap mahal atau harga kayangan.
Jadi pengunjung tidak perlu risau tentang pilihan yang ada. Kerana mereka ada banyak pilihan.
Shuib turut ditanya tentang isu KWSP yang melanda perniagaannya sebelum ini. Dipetik dari Beautifulnara, dia berkata, dia sudah belajar daripada perkara itu. Dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut di House Of Patin.
Shuib menjadi lebih berhati hati dalam urusan melibatkan kebajikan pekerjanya.
Shuib sempat memuat naik video kedai baharunya itu. Dan rata rata netizen tertarik dengan susun atur dan hiasan kedai tersebut.
Ada juga yang memuji kedai tersebut sebagai memuaskan dari segi kualiti makanan yang ditawarkan. Ramai juga yang sudah merancang mahu datang berkunjung untuk merasa sendiri pengalaman makan di restoran baharu Shuib itu.