Memang betul dalam urusan jual beli ada sesi tawar-menawar dalam mendapatkan persetujuan bagi kedua-dua belah pihak.
Namun, wujud individu yang sanggup berunding sampai ke tahap harga tidak masuk akal yang mana hanya mendorong kerugian buat si penjual.
Baru-baru ini, tular di platform TikTok memperlihatkan sekumpulan penjual bundle dari Malaysia yang sedang memburu pakaian streetwear di pasar karat di Harujuku, Jepun.
Namun apa yang membuatkan ramai bengang apabila mereka mahu melakukan tawaran harga yang terlampau rendah dan mendesak berulang-kali kepada pak cik yang menjualnya.
Walaupun pada mulanya mereka sudah dapat harga sama adil dengan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu pada ¥15,000 (~RM444.18), mereka masih berusaha mendapatkan harga yang lebih rendah sewaktu pembayaran.
Selain petik nama Malaysia untuk dapat potongan harga, mereka dengan selambanya menarik sehelai wang kertas ketika mahu menyelesaikan pembayaran.
Hal itu langsung membuatkan si penjual tidak selesa dan sedia memulangkan semula wang kerana sudah tidak berbaloi lagi. Mungkin timbul rasa segan, penjual bundle itu langsung memberikan wang bakinya kepada pak cik tersebut.
Baju dan hoodie yang dibeli kelihatan dalam keadaan baik dan berjenama sekaligus menjadi dambaan ramai. Jadi, harga yang dijual sudah semestinya agak tinggi walaupun sudah dipakai sebelum ini.
@adz.kl upps Adzkl jumpa sorang dah #fyyyyyyyyyyyyyyyy #adzkl #adz #adzklstore #lowball
Tindakan si penjual bundle yang bukan sahaja menawarkan harga tidak masuk akal serte menekan sepanjang urusan jual beli itu sememangnya mengundang kecaman.
Malah, ramai berpendapat sebagai sesama penjual patutnya lebih memahami kos margin keuntungan menjual barangan terpakai bukanlah tinggi mana dan tidak seharusnya meminta harga terlampau jackpot sehingga mengundang kepada kerugian pula.
Dek kerana sudah mencalarkan nama negara Malaysia, netizen juga meminta orang ramai untuk tidak ikut atau berbuat sedemikian lagi kerana bakal dipandang serong oleh warga setempat di sana selepas ini.