Kumpulan Senario merupakan ikon komedi tanah air yang mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri hiburan Malaysia.
Kehebatan mereka bukan sahaja terletak pada gaya lawak spontan, malah pada keakraban sesama ahli yang membuatkan setiap persembahan mereka terasa cukup dekat di hati peminat pelbagai lapisan umur.
Baca Juga:
- Lan Pet Pet Umum ‘Comeback’ Bersama Senario, Bakal Berlakon Dalam Siri Filem Terbaru

- Zoragon Dalam Filem Senario XX Sebenarnya Cakap ‘Bahasa Melayu’?

- ‘Ini Baru Legend’- Wahid Senario Tayang Skil Tebar Roti Canai Buat Netizen Kagum

Baru-baru ini seorang pengguna Threads, secara random terfikir pada jam 1 pagi siapakah ketua kumpulan komedi legenda tanah air itu.

Pelbagai nama dijawab oleh netizen, namun jawapan ringkas yang diberikan oleh Saiful Apek meraih perhatian ramai.
“Semua ahli adalah ketua,” katanya.
Jawapan itu membuatkan ramai berbangga kerana kesemua ahli kumpulan saling menyokong antara satu sama lain.