Perlawanan kelima AFC Champions League Two (ACL 2) 2025/26 : Bangkok United lawan Selangor [26 November 2025, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan liga bola sepak Asia melibatkan wakil negara, Selangor di BG Stadium, Pathum Thani, Thailand.

Baca Juga:

Perlawanan Kelima ACL 2 2025/26

Bangkok United lawan Selangor 

Sepak mula: 8:15 malam, 26 November 2025 (Rabu)
Tempat: BG Stadium, Pathum Thani, Thailand
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Info Siaran Langsung ACL 2 2025/26 Bangkok United vs Selangor
Gamel dan Zac Clough. Kredit Foto: Selangor FC

Dua kemenangan yang dicatatkan Bangkok United ke atas Lion City Sailors meletakkan skuad kendalian Totchtawan Sripan itu di tangga kedua dengan sembilan mata.

Kemenangan pada malam ini akan mencerahkan lagi peluang buat wakil Thailand itu untuk mara ke pusingan seterusnya dalam ACL 2.

Mereka juga berada di mood terbaik selepas membelasah PT Prachuap 4-1 dalam aksi Thai League 1 pada 22 November lalu

Manakala Selangor pula yang sudah pun terkeluar daripada persaingan apabila masih belum meraih sebarang mata selepas empat perlawanan bakal turun demi maruah.

Walaupun peluang sudah tertutup buat skuad Gergasi Merah itu, Christophe Gamel pastinya mahu menjadikan kunjungan ke Bangkok ini sebagai medan buat anak buahnya mempamerkan prestasi terbaik.

Ia mampu untuk menjadi tonik berguna buat Selangor menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA pada Ahad nanti.