Perlawanan pertama AFC Champions League Two (ACL 2) 2025/26 : Selangor lawan Bangkok United [18 September 2025, 6:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan liga bola sepak Asia melibatkan wakil negara, Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Baca Juga:

Perlawanan Pertama ACL 2 2025/26

Selangor lawan Bangkok United 

Sepak mula: 6:00 petang, 18 September 2025 (Khamis)
Tempat: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Selain itu, anda boleh menyaksikan perlawanan tersebut di laman Youtube AFC Hub namun perlu menggunakan akses VPN.

Info Siaran Langsung ACL 2 2025/26 Selangor vs Bangkok United
Kredit Foto: Selangor FC

Selangor yang dibimbing Katsuhito Kinoshi turun dengan misi penting untuk memulakan kempen ACL 2 2025/26 dengan langkah kanan di hadapan penyokong sendiri.

Skuad Gergasi Merah dijangka mempertaruhkan barisan terbaik termasuk peledak berbisa, Chrigor Moraes yang meledakkan enam gol pada dua aksi terakhir.

Ini merupakan penampilan kedua berturut-turut buat Selangor dalam saingan ACL 2 selepas musim lalu mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

Manakala Bangkok United pula hadir ke Kelana Jaya dengan rekod tiga kemenangan dan satu keputusan seri pada aksi Thai League 1 untuk menghuni tangga ketiga pada ketika ini.

Skuad kendalian legenda Thailand, Totchtawan Sripan bakal menyandarkan harapan kepada penyerang berpengalaman, Teerasil Dangda yang bergandingan dengan Richairo Juliano Zivkovic dan Luka Adzic.