Perlawanan kedua AFC Champions League Two (ACL 2) 2025/26 : Lion City Sailors lawan Selangor [1 Oktober 2025, 6:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan liga bola sepak Asia melibatkan wakil negara, Selangor di Bishan Stadium.

Baca Juga:

Info Siaran Langsung ACL 2 2025/26 Lion City Sailors vs Selangor
Kredit Foto: Selangor FC

Perlawanan Kedua ACL 2 2025/26

Selangor lawan Bangkok United 

Sepak mula: 6:00 petang, 1 Oktober 2025 (Rabu)
Tempat: Bishan Stadium, Singapura
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

Selangor bakal berkunjung ke gelanggang lawan dengan misi untuk memburu mata penuh selepas kecundang 2-4 pada aksi pertama bertemu Bangkok United, 18 September lalu.

Bukan sahaja tewas, malah Selangor turut kehilangan khidmat pertahanan kental, Harith Haiqal Adam Afkar yang menerima kad merah pada perlawanan tersebut.

Meskipun menang 4-2 ke atas Tampines Rover pada kempen Piala Shopee tempoh hari, kem Selangor dikejutkan dengan berita  pengendali pasukan, Katsuhito Kinoshi telah direhatkan dan tempat beliau digantikan oleh Christophe Gamel.

Info Siaran Langsung ACL 2 2025/26 Lion City Sailors vs Selangor
Kredit Foto: Lion City Sailors

Dalam pada itu, tuan rumah juga pastinya mengimpikan kemenangan sulung dalam ACL 2 selepas terikat 1-1 pada aksi pertama menentang wakil Indonesia, Persib Bandung di gelanggang lawan.

Malah, skuad kendalian Aleksandar Sankovic itu masih segar dengan kejayaan membelasah Tanjong Pagar 7-0 yang sekali gus mengekalkan rekod cemerlang dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam kempen liga untuk menduduki tangga teratas.