Perlawanan kelima peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) Elite 2026/27: Ratchaburi lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [24 November 2026, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil tunggal negara iaitu JDT di Thailand.

Perlawanan Kelima ACL Elite 2026/27

Ratchaburi lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)

Sepak mula: 8:15 malam, 24 November 2026 (Selasa)
Tempat: Ratchaburi Stadium, Thailand
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803, Youtube AFC Hub (Akses VPN)

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC seperti ACL Elite 2026/27.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.

JDT Mahu Kembali Raih Kemenangan Dalam ACL Elite 2026/27

JDT yang meraih dua kemenangan berturut-turut terpaksa menelan kepahitan tewas buat pertama kali ketika menghadapi Jeonbuk Hyundai Motors.

Selepas meraih tujuh mata tiga tiga aksi awal ACL Elite 2026/27, skuad kendalian Xisco Munoz itu tersentak apabila mengalami kekalahan 0-2 di Korea Selatan.

Sehubungan dengan itu, kunjungan ke Ratchaburi ini mahu digunakan sebaik-baiknya skuad Harimau Selatan untuk kembali meraih kemenangan sekali gus mengintai peluang berada di kedudukan lebih baik.

Peluang itu perlu dimanfaatkan JDT kerana Ratchaburi tidak menikmati kempen yang baik susulan satu keputusan seri dan tiga kekalahan dialami sebelum ini. Skuad kendalian Worrawoot Srimaka tersebut berada di kedudukan ke-14.

Malah, wakil Thailand itu juga hanya berada di kedudukan ketujuh dalam saingan domestik yang menyaksikan mereka tewas pada dua aksi terakhir liga pada 8 dan 21 November lalu.