Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Kuching City [30 November 2025, 8:15 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan piala yang sudah memasuki edisi ke-34.

Baca Juga:

Separuh Akhir Kedua Piala FA 2025/26

JDT (2) lawan Kuching City (1)

Sepak mula: 8:15 malam, 30 November 2025 (Ahad)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2 (804)

Perlawanan ini hanya akan disiarkan di Astro Arena Bola 2 saluran 804.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara penstriman langsung (live streaming).

JDT yang memburu kejuaraan Piala FA keempat berturut-turut memegang kelebihan tipis selepas menang 2-1 pada aksi pertama di Kuching tempoh hari.

Bergson da Silva cemerlang dengan dua gol di minit ke-36 dan 50 manakala Petrus Shitembi mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-70.

Sementara itu skuad kendalian Aidil Sharin tersebut turut optimis ada peluang buat mereka untuk bangkit melakarkan kejutan meskipun bakal turun tanpa peledak berbisa, Ronald Ngah Wanja.

Keyakinan itu disuarakan penjaga gol utama, Haziq Nadzli walaupun sedar hakikat bahawa tugas sukar menanti malam ini.

“Di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi kedua Separuh Akhir nanti, saya harap pasukan dapat berikan yang lebih baik pada hari perlawanan. Kita tahu JDT lebih kuat di tempat sendiri, tapi kami datang bukan sekadar melengkapkan perlawanan.

“Untuk penyokong, terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa sokong kami tidak kira di mana kami bermain. Saya harap untuk aksi-aksi akan datang tetap kekal suasana seperti ini,” ujarnya.