Skuad negara akan menghadapi perlawanan tempat ke-3/4 saingan Piala ASEAN FIFA 2026 bertemu Vietnam pada petang ini.

Selepas dikecewakan dengan penuh dramatik pada aksi terakhir tempoh hari, skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu bangkit untuk menamatkan kempen di kedudukan terbaik.

Dikhabarkan Vietnam bakal turun tanpa peledak berbisa, Nguyen Xuan Son yang mengalami kecederaan hamstring manakala skuad negara pula kehilangan khidmat ketua pasukan, Dion Cools.

Namun Vietnam bukanlah lawan yang mudah untuk dihadapi kerana Malaysia tewas sembilan perlawanan berturut-turut ke atas Golden Star Warriors itu.

Kemenangan 4-0 yang dilakarkan pada 10 Jun 2025 telah ditarik balik ekoran pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan negara.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya menundukkan Vietnam adalah pada aksi Piala Suzuki AFF 2014 dengan keputusan 4-2 di Hanoi.

Bagi peminat yang tidak berkesempatan ke Jakarta, anda kini boleh menyaksikan siaran langsung Piala ASEAN FIFA 2026 yang julung kali diadakan itu di kaca televisyen.

Perlawanan Ketiga Malaysia Di Piala ASEAN FIFA 2026

Sepak mula: 5:00 petang, 5 Oktober 2026 (Isnin)
Tempat: Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta
Link Siaran Langsung: RTM Klik (Sukan+), MYTV 111

Anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara percuma di saluran Sukan+ RTM dan MYTV 111. Sekiranya mahu menyaksikan di Astro, anda boleh ke saluran 806.

Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu ke laman sesawang RTM Klik untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.