Perlawanan pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2026/27: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan PKR Svay Rieng [8 Oktober 2026, 8:00 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan kelab gergasi tanah air iaitu JDT di Iskandar Puteri pada malam ini.

Perlawanan Pertama JDT Di ACC Piala Shopee 2026/27

JDT lawan PKR Svay Rieng
Sepak mula: 8:00 malam, 8 Oktober 2026 (Khamis)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.

Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

JDT yang melangkah ke separuh akhir pada edisi lalu pasti bakal turun dengan garang berbekalkan barisan pemain hebat dimiliki skuad kendalian Xisco Munoz itu.

Ia juga boleh diibaratkan sebagai misi membalas dendam buat JDT yang sekadar mencatatkan keputusan seri 3-3 bertemu wakil Kemboja itu di Morodok Techo National Stadium pada kempen musim lalu.

Selain PKR, JDT turut berada dalam satu kumpulan bersama Port FC (Thailand), Lion City Sailors (Singapura), Cong An Ha Noi (Vietnam), Persib Bandung (Indonesia) dan Shan United dari Myanmar.