Pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd atau Proton dikecam teruk selepas gagal meletakkan label dengan betul Sabah dan Sarawak dalam peta Malaysia.

Perkara itu berlaku ketika majlis pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS yang dianjurkan oleh Proton.

Di media sosial netizen benar benar kecewa dengan Proton kerana ianya dianggap kesilapan terlalu teruk.

James Chin berkata: “Kegilaan di media sosial. Apa dah jadi ni? Selepas 60 tahun, Proton gagal menyatakan mana satu Sabah mana satu Sarawak. Malu, malu, malu.”

Yang lain pula mengejek Proton sebagai gagal dalam geografi sehingga tak tahu di mana Sabah dan di mana Sarawak.

Banyak lagi kecaman yang diberikan netizen dan ada yang meminta staf yang bertanggungjawab untuk dipecat sahaja. Ini kerana Proton adalah jenama nasional dan dekat dengan rakyat Malaysia.

Selepas menerima banyak kritikan dan kecaman di media sosial, Proton akhirnya meminta maaf di atas kekhilafan mereka.

Dalam kenyataannya, Proton berkata: “Proton mendapat maklum tentang ralat berlaku pada pembentangan kami, berlaku silap label negeri Sabah dan Sarawak.

“Kami benar benar kesal dengan kesilapan ini dan faham sensitiviti yang timbul di kalangan rakyat Malaysia.

“”Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Kami komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata.

“Oleh itu, kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai maklum balas daripada orang ramai.

“Kami akan memastikan kami akan lebih berhati hati pada masa akan datang. Terima kasih kerana memahami dan sokongan berterusan dari anda.”