Selepas berjaya memiliki syarikat Australia pada awal minggu lalu, Sime Darby memperkukuhkan portoflio bisnesnya dengan membeli 61.2 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada RM3.57 bilion secara tunai.

Langkah itu bagi mempertingkatkan dan memperkukuh kehadirannya dalam sektor automotif Malaysia dengan penambahan jenama di bawah iaitu Toyota dan Perodua, yang menguasai sehingga 60 peratus daripada jumlah keseluruhan industri automotif domestik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pembelian itu akan melengkapkan portfolio premium hingga mewah sedia ada Sime Darby iaitu BMW, Rolls-Royce dan Porsche.

Menerusi pembelian itu, yang lebih penting, akan membolehkan syarikat meningkatkan skala operasinya di Malaysia, mengimbangi sebarang risiko geopolitik dalam rantau ini daripada dua pasaran utamanya iaitu China dan Australia.

“UMW sudah pun menjadi peserta automotif yang dominan dengan menguasai 52 peratus bahagian pasaran tempatan, dan langkah pembelian itu dijangka menjadikannya sehingga 55 peratus.

“Entiti yang diperbesarkan itu akan mencipta nilai lebih besar untuk semua pemegang kepentingan kami dan membolehkan kami sebagai syarikat multinasional Malaysia melaksanakan peranan lebih baik dalam mengembangkan industri automotif negara,” katanya kepada Bernama.

Tambah beliau lagi, susulan perjanjian penjualan saham (SPA) bersyarat yang ditandatangani dengan PNB hari ini, pihaknya akan mendapatkan persetujuan daripada kalangan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa November ini.

Transaksi RM3.57 bilion, berdasarkan RM5 sesaham mengikut SPA itu adalah keuntungan bersifat tambahan dan akan memberi manfaat kepada pemegang saham Sime Darby serta pemegang unit PNB dalam jangka masa panjang.

Jeffri berkata, pembelian itu juga akan membolehkan Sime Darby mengakses ekosistem Toyota dan menambah satu lagi nama kepada jenama-jenama kukuhnya, sekali gus mewujudkan peluang baharu untuk syarikat berkembang di wilayah geografi baharu.

Langkah ini juga akan menguatkan lagi segmen bermargin tinggi syarikat seperti kereta terpakai, selepas jualan dan pemasangan, susulan volum besar yang di bawah penguasaan syarikat.

Selain itu, beliau berkata transaksi itu akan membawa Toyota Forklifts – di bawah Toyota Industries Corporation (TICO) – ke dalam portfolio Sime Darby, dan ini memberikannya pendedahan kepada perniagaan pengendalian barangan yang berkembang pesat yang didorong oleh ledakan e-dagang.

Sumber