Seorang anggota polis dipuji netizen selepas beliau tidak ‘termakan’ dengan sejumlah wang yang cuba disogok oleh warga asing yang telah melakukan kesalahan.
Menerusi perkongsian video X.com @update11111, ketika anggota itu sedang menulis butiran pesalah pada kertas saman, warga asing tersebut telah mengeluarkan sejumlah wang sambil mengira di hadapannya.
Baca Juga:
- Cuba Beri ‘Duit Kopi’ Selepas Ditahan, Tindakan Polis Ini Tolak Rasuah Dipuji Netizen
- Wanita Singapura Dakwa Polis Trafik Malaysia Minta Rasuah RM10,000 Sebab Tak Bawa Pasport
- Malaysia Negara Ke Empat Dalam Senarai ‘Polis Paling Rasuah Di Asia Tenggara’
“One, two, three, four, five, six, seven, eight, nine, ten,” warga asing itu mengira dengan kuat dipercayai mahu menarik perhatian anggota tersebut.
Bagaimanapun, respon abang polis membuatkan warga asing itu terkedu serta-merta.
“Simpan, you bagi, saya tangkap. Don’t try give me money okay. You can pay the summons at any police traffic.
“I no need your money. Keep your money. Thank you,” kata beliau dengan tegas kepada warga asing itu.
Pada penghujung video, warga asing itu dengan muka sedih meninggalkan tandatangan pada surat saman dan abang polis sekali lagi memberikan amaran bahawa beliau tidak ‘termakan’ dengan sogokan wang.
Ni la hebatnya jati diri dan agama.
Bila kita sayang negara and bila kita tahu duit yg datang tu duit haram, bagi la satu juta pun kita akan tolak.
Dunia ni sekejap je. Tak guna kejar duit haram.
— Firdaus ✿ (@PedotFirdaus) May 29, 2024
Mcmni kita nk. Tmbah recorded feed utk maklumat. Moga dipermudahkan urusan kerja abg polis ini.
— Amin Ramli (@aminiodiin) May 29, 2024
Syabas abam polis jalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi
— 🍉 (@dreamtheatre__) May 29, 2024
Ramai netizen memuji abang polis itu kerana melaksanakan bertugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti sebagai anggota penguatkuasa.
Dalam masa sama netizen berharap penggunaan bodycam dapat dilaksanakan secepat mungkin. Ini kerana video yang dirakam menggunakan bodycam dapat dijadikan bukti kukuh sekiranya situasi sama berlaku.
Sekaligus dapat membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menangkap pesalah yang cuba merasuah anggota penguatkuasa semasa bertugas.