Polis Singapura memberi amaran kepada pemandu asing termasuk rakyat Malaysia yang berulang kali mengabaikan saman mungkin akan dihalang daripada memasuki republik itu.

Dalam satu operasi penguatkuasaan selama tiga hari di pintu masuk darat awal bulan ini, pihak berkuasa Singapura berjaya mengutip lebih daripada S$619,000 (RM2.2 juta) daripada 241 pemandu asing yang mempunyai saman tertunggak, New Straits Times.

Baca Juga:

Kenderaan berdaftar di Malaysia yang mempunyai saman belum diselesaikan turut antara yang ditahan ketika memasuki republik itu melalui Tambak Johor atau Pusat Pemeriksaan Tuas.

Rakyat Malaysia kena bayar saman sebelum teruskan perjalanan
Singapura Beri Amaran Rakyat Malaysia Ada Saman Tertunggak, Akan Dihalang Masuk
Sumber Gambar: Facebook Singapore Police Force

Pemandu yang gagal menjelaskan saman trafik, parkir, atau kesalahan kenderaan lain telah dihentikan dan dikehendaki membayar saman mereka sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Polis berkata, pemandu asing yang berulang kali mengabaikan saman boleh dihalang daripada memasuki Singapura.

Singapura memandang serius terhadap pemandu asing yang melakukan kesalahan tetapi gagal menjelaskan denda mereka,” menurut kenyataan polis.

Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa semua pemandu yang memasuki republik itu mesti mematuhi undang-undang trafik serta piawaian pelepasan asap kenderaan yang ditetapkan.

Pemandu asing boleh menyemak saman yang belum dijelaskan melalui laman web www.axs.com.sg sebelum memasuki Singapura.