Mohd Shahrir Johari perlu membayar harga yang mahal setelah memotong barisan sehingga membahayakan anggota polis bantuan yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Tertuduh yang berusia 36 tahun kini akan menghadapi hukuman penjara empat minggu setelah mengaku bersalah di hadapan hakim.

Baca Juga:

Menurut laporan saluran berita Singapura, Today, pada 23 Mac 2023, kira-kira jam 7:08 pagi. Beliau difahamkan telah mencuba untuk memintas barisan kereta dengan menggunakan laluan bas ketika menghampiri Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Pegawai polis bantuan Muhammad Noralif Amir Hamzah bersama-sama dengan rakan sekerjanya pada hari Khamis tersebut telah mengarahkan beliau membuat pusingan U. Namun, Shahrir tidak mengendahkan arahan mereka dan terus bertindak memotong barisan.

Beliau memberi alasan perlu bergegas mengambil penumpang di Singapura kerana sudah lewat. Dia berkeras sehingga hampir  melanggar seorang pegawai bertugas. Shahrir kemudiannya dilaporkan kepada atasan dan ditahan oleh oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan diserahkan kepada polis.

Selepas dijatuhkan hukuman oleh hakim, Shahrir kelihatan kecewa, tetapi dia akur dan kata bahawa dia “menghormati undang-undang Singapura.”