Singapura menjadikan Malaysia sebagai medan untuk memanaskan badan sebelum beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang India.

Menurut pengendali sementara pasukan itu iaitu Gavin Lee, prestasi yang ditampilkan anak buahnya ketika menentang Malaysia akam menjadi kayu ukur sebelum menghadapi India.

Baca Juga:

Malaysia Ujian Bagi Singapura

Singapura
Sumber Gambar: FAM

“Kita perlu bersedia untuk menghadapi dua perlawanan menentang India pada Oktober ini.

“Jadi aksi menentang Malaysia di tempat mereka sendiri adalah cara yang lebih baik untuk kami kerana akan menghadapi situasi yang sama,” kata Gavin.

Bagi kapten iaitu Safuwan Baharudin, beliau teruja untuk berdepan dengan Malaysia kerana sejarah kedua-dua pasukan.

Singapura
Sumber Gambar: FAM

“Ini sesuatu yang berbeza kerana Malaysia dan Singapura biasanya bertemu dalam kejohanan, kali ini dalam aksi persahabatan.

“Ini persiapan terbaik untuk kedua-dua pasukan kerana keduanya mempunyai matlamat sama untuk Kelayakan Piala Asia pada Oktober,” katanya.

Selepas Singapura, skuad Harimau Malaya akan turun menentang Palestine di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September.