Pihak Suria FM dalam satu sidang media telah menjelaskan mengapa DJ Tyzo Xander tidak sambung kontrak dan menurut pengerusi Suria FM, Dato’ Amin menegaskan bahawa keputusan yang diambil hanyalah atas perniagaan.
“Adakah jumlah pendengar segmen Suria Petang meningkat selepas kemenangan Tyzo di ABPBH? Jawapannya adalah stagnant (kekal sama) dan itulah hakikatnya” jelas Dato’ Amin.

Baca Juga:
- ‘Kau Aniaya Tyzo Dari Awal’ – DJ Anne Petik Individu Busuk Hati
- Suria FM Beri Penjelasan Penuh Isu Tidak Sambung Kontrak DJ Tyzo
- Menampilkan Seorang Pelakon Filem, Suria FM Umum Barisan DJ Radio Bagi Tahun 2024
Manakala, segmen yang dikendalikan oleh DJ Lin dan Cik Piah berjaya menunjukkan peningkatan pendengar. Malah, pihak mereka telah memberitahu lebih awal kepada Tyzo iaitu pada 4 Januari serta meminta beliau off air secepat mungkin.
@xtra_my Replying to @Miss Clara Mintak tambah gaji RM500 punca kontrak ditamatkan?😢🥹 #fyp #xtramy #tyzoxander #djlin #tamatkontrak #suriafm #beritaditiktok #sembangentertainment
Susulan itu, Tyzo dalam satu sesi soal jawab bersama rakan media semalam terkilan dan kecewa apabila diperlakukan seperti penjenayah apabila cara disingkirkan daripada stesen radio Suria FM sangat tidak profesional.
Menurutnya, diriya disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp ketika belum sempat keluar daripada bangunan pejabat Suria FM, sedangkan penyampai radio sebelum ini tidak pernah diperlakukan seperti itu.
“Bukan itu sahaja, beberapa segmen yang sudah dirakamkan dan sepatutnya disiarkan pada hari terakhir saya turut dipadamkan.
“Saya tertanya-tanya kenapa diperlakukan sebegitu, adakah saya penjenayah?.” katanya.
Tambahnya, dia hanya meminta kenaikan gaji sebanyak RM500 sahaja dan mempersoalkan langkah strategi terbaru radio itu yang membawa masuk penyampai radio baharu.
Apabila ditanya sama ada dia masih mahu bersama Suria FM, Tyzo menjawab jika masih diberi peluang dia masih mahu meneruskan kerjaya di sana.
Tyzo juga menafikan dakwaan dia menyuruh rakan kru untuk membuat live ketika hari terakhirnya dalam konti serta memetik DJ Lin seolah dirinya dikhianati. Dalam pada itu, Tyzo juga mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang memberikannya kata-kata semangat.