Sirap Limau dengan bangganya melancarkan kempen Pentas Little Star, sebuah pertandingan bakat kanak-kanak bermula 3 Ogos hingga 30 September 2026.

Kempen ini bertujuan mencungkil kreativiti, membina keyakinan diri serta memberi ruang kepada anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun untuk menampilkan bakat dan ekspresi diri mereka.

Mengangkat tagline “Kecil-Kecil Dah Meletup”, Pentas Little Star merupakan sebuah platform inspirasi yang meraikan bakat unik kanak-kanak dalam pelbagai bidang kreatif termasuk nyanyian, tarian, lakonan, muzik, penceritaan dan lain-lain.

Kempen ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu inisiatif untuk membantu kanak-kanak meneroka potensi diri, meningkatkan keberanian untuk tampil di hadapan umum serta mencipta pengalaman bermakna melalui dunia kreativiti.

Anis Amirah, Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, menjelaskan bahawa tujuan utama kempen ini adalah untuk menyediakan sebuah platform positif yang membolehkan kanak-kanak menyerlahkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta meraikan kreativiti mereka dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

“Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan dan potensi tersendiri. Melalui Pentas Little Star, kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk tampil berani, berkongsi bakat serta membina pengalaman yang dapat menjadi kenangan bermakna buat mereka dan keluarga,” ujarnya.

Menurut Siti Haidatina, Pengurus Kempen, Pentas Little Star diadakan bagi menggalakkan penglibatan keluarga dalam menyokong perkembangan bakat anak-anak menerusi kandungan kreatif yang positif.

“Pentas Little Star bukan hanya mencari pemenang, tetapi memberi ruang kepada setiap peserta untuk meneroka minat, mengembangkan keyakinan serta berkongsi kreativiti mereka bersama komuniti yang lebih luas.

“Kami berharap kempen ini dapat menjadi titik permulaan kepada perjalanan anak-anak dalam mengenali dan mengembangkan potensi diri,” katanya.

Peserta yang berminat boleh menghantar video persembahan berdurasi 90 saat menerusi TikTok menggunakan akaun ibu bapa atau penjaga.

Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun yang merupakan warganegara Malaysia, sama ada secara individu atau berkumpulan.

Bagi memastikan penyertaan berlangsung dalam persekitaran yang selamat dan positif, semua kandungan yang dihantar mestilah sesuai untuk tontonan keluarga selain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Sepanjang kempen ini, semua platform media sosial Sirap Limau akan berkongsi perkembangan dan kandungan berkaitan Pentas Little Star menggunakan tanda pagar rasmi #PentasLittleStar dan #SirapLimau.

Sirap Limau Lancar Kempen ‘Pentas Little Star’ : Kecil-Kecil Dah Meletup
Sumber Gambar: Sirap Limau

Sebagai penutup kempen, Pentas Little Star akan menyaksikan kemuncak istimewa pada 29 September 2026 apabila bakat terbaik akan diraikan menerusi segmen persembahan final di Wanita Hari Ini (WHI).

Seorang peserta terpilih akan berpeluang membuat persembahan di pentas WHI sebelum pemenang utama diumumkan berdasarkan proses penilaian akhir oleh pasukan Sirap Limau.

Pemenang utama Pentas Little Star bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500, plak penghargaan, sijil serta barangan eksklusif Sirap Limau termasuk tote bag, pelekat A5 dan button badge.

Selain itu, empat pemenang sagu hati turut akan menerima wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang berserta barangan rasmi Sirap Limau.

Melalui Pentas Little Star, Sirap Limau berharap dapat terus menjadi platform pilihan keluarga yang menyajikan kandungan positif, inspirasi dan bermanfaat, di samping memperkukuhkan peranan dalam menyokong perkembangan serta potensi generasi muda.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://siraplimau.com/pentaslittlestar/index.html dan ikuti Sirap Limau di semua media sosial rasmi @mysiraplimau.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:

Anis Amirah ([email protected]);

Siti Haidatina ([email protected])