Hari ini menjadi saksi apabila Oppo Malaysia melancarkan siri Oppo Reno11 5G yang menyaksikan dua model ditawarkan buat para pengguna iaitu Reno11 5G dan juga Reno11 Pro 5G.

Kedua-dua model ini menawarkan skrin yang sama buat para pengguna iaitu skrin OLED 120Hz sebesar 6.7-inci dengan resolusi FHD+ beserta sokongan HDR10.

Mengulas dari segi cip pemprosesan pula, Oppo Reno11 pula hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7050, RAM 12GB dan juga 256GB ruang storan. Penawaran bateri 5,000mAh dan pengecesan 67W antara yang tersedia.

Oppo Reno11 Pro pula hadir dengan penggunaan cip MediaTek Dimensity 8200, RAM 12GB dan juga 512GB ruang storan. Kapasiti bateri yang tersedia sedikit kecil berbanding model Reno11 iaitu 4,600mAh namun dilengkapkan dengan pengecasan pantas 80W.

Dari segi kamera pula, model Pro ditawarkan dengan kamera utama 50-megapixel, lensa 32-megapixel telefoto dan juga 8-megapixel ultra lebar. Kedua-dua model ini dikuasakan oleh ColorOS 14 dan Android 14. Oppo model Reno11 mampu spesifikasi kamera yang hampir sama namun menggunakan lensa yang berbeza pada kamera utama iaitu Sony LYT600.

Mengulas dari segi harga, Oppo Reno11 5G sedia ditawarkan pada harga serendah RM1,899 manakala Oppo Reno11 Pro 5G sedia ditawarkan pada harga RM2,499. Para pembeli boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah atau laman rasmi Oppo.

Model ini disasarkan buat mereka yang mahukan kualiti gambar yang baik tanpa mahu berbelanja besar dalam mendapatkan telefon pintar kategori flagship yang jauh lebih mahal.