Mula ditayangkan pada 2005, siri popular ini masih lagi menjadi buah mulut peminat siri TV sehingga kini. Karakter Michael Scofield dalam misi menyelamatkan abangnya daripada Penjara Fox River ditambah dengan pelbagai konflik yang dihadapi antara yang membuatkan para penonton melekat dengan siri ini.

Terbaru, siri Prison Break telah diadaptasi dengan cara yang agak unik dimana siri ini hadir dengan versi Manga. Dilukis oleh Hikosuke Soyama, manga dari Jepun ini bakal memaparkan siri Prison Break dalam versi komik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, mereka masih lagi mengekalkan watak dan jalan cerita yang sama bagi memberikan feel yang seakan sama dengan siri popular ini. Setakat ini, empat episod terawal Prison Break sedia ditawarkan melalui pembacaan di laman Piccoma. Walaubagaimanapun cuma manga dalam Bahasa Jepun yang dikeluarkan setakat ini. Anda boleh klik di sini untuk membacanya.

Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan Prison Break bakal kembali dengan musim keenam namun masih belum diketahui bilakah tarikh tayangannya. Pastinya orang ramai merindui gelangan Michael Scofield dan Lincoln Burrows yang tidak lekang dengan masalah dan konflik.