Para skaters sekalian di luar sana, ini berita baik untuk anda. International Olympic Committee (IOC) telah mengundi acara skateboarding sebagai antara sukan baru yang akan diperkenalkan untuk sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Yeah!
Ini merupakan satu pengiktirafan baru buat sukan skateboading di mana ramai yang masih menyangka sukan ini hanya untuk ‘budak-budak nakal’ sahaja. Sukan ini mula dipelopori oleh skater ternama seperti Jay Adams, Tony Alva, dan Stacy Peralta (Zephyr Boys) sejak tahun 70an lagi. Hanya pada tahun 2020 sukan ini mendapat pengiktirafan oleh IOC.
Acara skateboarding itu nanti akan mengambil 80 orang skaters ; 40 lelaki dan 40 perempuan bertanding untuk pingat emas. 4 sukan baru yang akan berada di Olimpik bersama skateboarding nanti adalah surfing, karate, sports climbing dan baseball.
Presiden Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori berkata, “Penambahan sukan-sukan baru ini akan memberi atlet muda peluang untuk mereka bersaing dan menyumbang pingat untuk negara di kejohanan berprestij seperti sukan Olimpik. Ini akan membuatkan mereka menjadi paling baik dalam hidup dan sukan yang mereka ceburi.”
Malangnya, sukan squash masih lagi tidak diberi peluang untuk bersaing di Olimpik. Jika tidak, Nicole David semestinya sudah bawa pulang pingat emas olimpik pertama buat negara.
Jadi para skaters di luar sana, ada masa 4 tahun untuk anda siapkan diri. Mana tahu anda berpeluang untuk wakili negara di Tokyo nanti. Boleh compete dengan P-Rod atau Nyjah untuk pingat emas. Awesome! Harap KBS aware tentang perkara ini. Ramai skaters tempatan yang hebat cuma mereka tidak dapat peluang untuk menyinar.