Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang menerusi Skuad Bravo (02) telah mengendalikan satu khidmat khas bagi menguruskan proses pemindahan dan pengebumian jenazah seorang lelaki dewasa seberat 250 kilogram di Tanah Perkuburan Islam Gual Tinggi, semalam.

Pegawai APM Rantau Panjang, Lt (PA) Mohd Fuad Ismail memaklumkan bahawa pihak APM menerima permohonan khidmat khas berkenaan (kod CD713: Bantuan Lain-Lain) daripada pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada awal pagi semalam, petik Berita Harian.

“Bantuan khas tersebut melibatkan usaha memindahkan jenazah Allahyarham yang berusia 23 tahun dari Kampung Gual Tinggi yang mengalami masalah obesiti. Jenazah dibawa dari HUSM Kubang Kerian ke Masjid Al-Hidayah untuk diuruskan dan disolatkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gual Tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi, malam tadi.

@hmetromy

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang membantu mengurus pengebumian jenazah seorang lelaki seberat 250 kilogram (kg) di Tanah Perkuburan Gual Tinggi, Rantau Panjang.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Operasi kemanusiaan yang berlangsung hampir lima jam itu—bermula dari jam 11.01 pagi hingga 3.56 petang—dijayakan oleh Skuad Bravo (02) APM yang dianggotai seorang pegawai dan dua anggota berserta sebuah trak logistik UD (CD300).

Dalam pada itu, pihak APM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk setempat atas kerjasama padu serta bantuan yang diberikan sepanjang proses pemindahan dan pengebumian Allahyarham dijalankan sehingga selesai.

Sumber