Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya enam perlawanan persahabatan untuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23) sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Asia B-23 pada bulan April di Qatar nanti.

Perkembangan itu disahkan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyatakan skuad kendalian Juan Torres Garrido itu akan mengharungi 3 aksi persahabatan di lembah klang dan Qatar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Arena Metro, antara lawan yang bakal uji kemampuan pasukan muda negara ialah India, Qatar dan gergasi Asia, Jepun.

“Saya akan umumkan pada Mac akan bermain (perlawanan persahabatan) di sini. Beraksi bertemu India dan ada dua aksi lagi.

“Selepas itu akan ke Qatar… kita akan main lagi dua atau tiga perlawanan mungkin lawan Jepun… Qatar kemungkinan pasti akan bertemu, Jepun pula nanti akan bincang,” katanya kepada Arena Metro.

Di Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung pada 15 April hingga 3 Mei 2024, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Hanya tiga pasukan teratas akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala tempat keempat akan ke pusingan playoff menentang wakil Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas  2018 dan 2022. Antara pencapaian terbaik Malaysia ialah mara ke peringkat suku akhir pada tahun 2018 ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.