Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Juan Torres Garrido telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bagi saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei 2024.
Ia adalah kumpulan yang sukar dan bakal memberi cabaran getir kepada anak buah Garrido untuk memburu slot ke pusingan kalah mati. Mereka perlu mara hingga ke peringkat separuh akhir.
Baca Juga:
- Isu Naturalisasi: Kim Pan Gon ‘Sekolahkan’ Media Taiwan
- Harimau Malaya Menikmati Benih Yang Disemai Sejak Sedekad Lalu — Apa Yang Berubah Dalam Bola Sepak Malaysia Sejak 2013?
- Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia Teruskan Rentak Kemenangan, Atasi Chinese Taipei 1-0
Hanya tiga pasukan teratas akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala tempat keempat akan ke pusingan playoff menentang wakil Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).
Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas 2018 dan 2022.
Sementara itu, wakil-wakil Asean lain seperti Indonesia dan Thailand juga tidak berdepan laluan mudah apabila diundi bersama pasukan gergasi Asia.
Keputusan undian Piala Asia B-23 Qatar 2024#AFCU23 pic.twitter.com/4MSjNKj9rp
— VOCKET FC (@vocketfc) November 23, 2023
Indonesia diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah iaitu Qatar, Australia dan juga Jordan. Manakala Thailand berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Iraq dan Tajikistan.
Kumpulan B dilihat lebih menarik kerana melibatkan pasukan gergasi Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, bersama UAE dan China.
Malaysia layak ke Piala Asia B-23 selaku naib juara kumpulan terbaik ketika saingan Kelayakan yang dibimbing oleh E Elavarasan.
Bagaimanapun, Elavarasan membuat keputusan untuk letak jawatan dan tempatnya diganti oleh jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido sambil dibantu oleh bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan.
Garrido merupakan Ketua Pencari Bakat bagi FC Barcelona untuk kawasan Catalunya dari 2016 hingga 2020, sebelum beliau menjadi Ketua Bola Sepak Remaja Profesional (B-23) bagi kelab Granada CF di Sepanyol dari 2021 hingga 2022.
Adakah skuad Malaysia B-23 akan lebih menyinar dibawah kendalian Garrido? Sama-sama kita saksikan.