Ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Juan Torres Garrido memanggil dua pemain yang berkelana di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Annil Vigneswaran bagi menyertai sesi latihan pusat bermula 17 Mac ini.

Skuad muda negara itu dalam persiapan untuk membawa cabaran Malaysia dalam saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei nanti.

Baca Juga:

Selain Luqman Hakim yang kini bersama Yokohama SCC dan Annil di Waldhof Mannheim (Jerman), Torres Garrido turut menyenaraikan 15 lagi pemain.

Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin (Selangor) dan Rahadiazli Rahalim dari Terengganu dipanggil untuk posisi penjaga gol.

Manakala pemain-pemain lain ialah Daryl Sham K.K George (JDT), Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, Fergus Tierney, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan (JDT II), Muhamad Syahir Bashah, Muhammad Abu Khalil (Selangor), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, Muhammad Faris Rifqi Abdul Rashid (Terengganu II), Muhammad Aiman Khairul Yusni, Muhammad Firdaus Ahmad Fuad (Perak), Mohd Aiman Afif Md Afizul (Kedah), Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar (Penang) dan Mohamad Saiful Jamaluddin (Sri Pahang).

Selain itu, 11 pemain muda yang kini bersama sesi latihan skuad senior kebangsaan yang tidak terpilih ke skuad akhir bagi bertemu Oman akan dilepaskan ke skuad B-23 ini.

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Ruventhiran, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Aliff Izwan Yuslan dan Nooa Laine dari Selangor.

Turut berada dalam senarai ialah dua pemain Terengganu iaitu Safwan Mazlan dan Muhammad Azam Azmi Murad serta Muhammad Haqimi Azim Rosli (KL City), Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Penang) dan T. Saravanan (Sri Pahang).

Dalam pada itu terdapat 16 pemain berada dalam senarai bersedia.