Seramai 23 pemain telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Juan Torres Garrido bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar bermula 15 April hingga 3 Mei 2024.

Berikut senarai 23 pemain yang dipilih mewakili negara di Piala Asia B-23 2024 :

Baca Juga:

Penjaga Gol

  1. Sikh Izhan Nazrel
  2. Muhammad Azim Al Amin
  3. Muhammad Firdaus Irman

Pertahanan

  1. Harith Haiqal
  2. Ubaidullah Shamsul
  3. Safwan Mazlan
  4. Ahmad Zikri Khalili
  5. Umar Hakeem Suhar
  6. Aiman Khairul Yusni

Tengah / Sayap

  1. Mukhairi Ajmal
  2. Nooa Hamzah Laine
  3. Aiman Afif
  4. Saiful Jamaluddin
  5. Syahir Bashah
  6. Daryl Sham
  7. Najmuddin Akmal
  8. Muhammad Abu Khalil
  9. Luqman Hakim Shamsudin
  10. T. Saravanan

Penyerang

  1. Fergus Tierney
  2. Aliff Izwan Yuslan
  3. Haqimi Azim
  4. Mohd Alif Zikri

Sementara itu, dua tonggak pertahanan iaitu Ruventhiran dan Azam Azmi Murad tidak dapat menyertai pasukan kerana mengalami kecederaan serius.

Bagi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti, skuad Malaysia B-23 yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam pada 20 April dan Kuwait pada 23 April 2024.

Ia adalah kumpulan yang sukar dan bakal memberi cabaran getir kepada anak buah Garrido untuk memburu slot ke pusingan kalah mati. Mereka perlu mara hingga ke peringkat separuh akhir.

Ini penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas 2018 dan 2022. Kejohanan kali ini turut menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Juara, Naib Juara serta tempat ketiga akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala tempat keempat mara ke pusingan playoff menentang wakil Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).