Malaysia akan turun menentang Filipina pada aksi pembuka tirai Piala ASEAN Bawah 23 Tahun (B-23) jam 6.00 petang ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Selain Filipina, dua lagi pasukan yang menghuni kumpulan A ialah tuan rumah, Indonesia serta Brunei.

Malaysia yang dibimbing Nafuzi Zain mengimpikan peluang untuk mara ke pentas final tetapi keutamaannya pengendali kelahiran Kelantan itu adalah untuk memberikan fokus 100 peratus terhadap persiapan menghadapi satu demi satu perlawanan.

Walaupun di atas kertas skuad muda negara memiliki kelebihan untuk meraih kemenangan pada perlawanan ini, cabaran yang bakal diberikan Filipina tidak wajar dipandang sepi.

Setiap pemain yang diberikan tugas untuk beraksi perlu memanfaatkan peluang tersebut dalam usaha menghadiahkan tiga mata penuh buat Malaysia.

Peminat bola sepak tanah air boleh menonton perlawanan pembukaan tersebut sebentar lagi di saluran Astro Arena 801.

Selain itu sekiranya anda tidak berada di hadapan kaca televisyen, aksi ini boleh disaksikan di aplikasi Astro Go dan Sooka.

Tiada sebarang siaran langsung di stesen televisyen tanah air yang lain.

Siaran Langsung Aksi Malaysia vs Brunei Piala ASEAN B-23 2025

Sepak Mula: 6.00 Petang
Tempat: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Siaran Langsung: Astro Arena 801