Malaysia menghadapi misi ‘hidup mati’ dalam Piala ASEAN Bawah 23 Tahun (B-23) 2025 apabila akan berhadapan dengan Indonesia pada jam 9.00 malam ini.
Dengan kedudukan terkini ekoran kekalahan ketika bertemu Filipina, anak-anak buah Nafuzi Zain itu wajib menang 3-0 untuk melangkah ke separuh akhir selaku juara kumpulan.
Baca Juga:
- Piala ASEAN B-23 2025: Malaysia Bangkit Belasah Brunei 7-1

- Piala ASEAN B-23 2025: Malaysia Tewas Di Tangan Filipina

- Senarai Barisan Pemain Malaysia Hadapi Piala ASEAN B-23 2025

Satu situasi bukanlah mudah untuk direalisasikan tambahan pula Indonesia pastinya bakal mendapat sokongan padu penyokong sendiri di Stadium Gelora Bung Karno nanti.
Namun dalam bola sepak tiada apa yang mustahil dan diharapkan barisan pemain negara mampu untuk mencipta keputusan positif pada malam ini.
Skuad Malaysia mendapat tonik berguna selepas berjaya membelasah Brunei 7-1 pada aksi kedua tempoh hari.
Peminat bola sepak tanah air boleh menonton perlawanan pembukaan tersebut di saluran Astro Arena 801.
Selain itu sekiranya anda tidak berada di hadapan kaca televisyen, aksi ini boleh disaksikan di aplikasi Astro Go dan Sooka.
Tiada sebarang siaran langsung di stesen televisyen tanah air yang lain.
Siaran Langsung Aksi Malaysia vs Indonesia Piala ASEAN B-23 2025
Sepak Mula: 9.00 Malam
Tempat: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Siaran Langsung: Astro Arena 801