Pasukan wanita Arsenal dilaporkan bakal mencipta sejarah bola sepak apabila bersetuju dengan perpindahan bernilai melebihi £1 juta dalam mendapatkan bintang Liverpool, Olivia Smith.

Perpindahan luar biasa ini melibatkan pemain skuad kebangsaan Kanada itu mengatasi rekod terdahulu sebanyak £900,000 yang dibayar oleh Chelsea untuk  mendapatkan pertahanan Amerika Syarikat, Naomi Girma pada awal tahun ini.

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal, penyerang berusia 20 tahun itu dijangka menjadi pemain pertama dalam bola sepak wanita yang berpindah dengan yuran perpindahan mencecah tujuh angka.

Arsenal
Kredit Foto: MI News / NurPhoto via AFP)

Perkembangan terkini yang sekali gus menetapkan penanda aras baharu buat bola sepak wanita di peringkat global sekali gus menandakan satu perubahan besar dalam landskap kewangan bola sepak.

Hanya semusim bersama Liverpool, Smith mencuri tumpuan Arsenal untuk mendapatkan khidmatnya selepas beraksi 20 perlawanan liga dengan menghasilkan tujuh gol.

Arsenal yang menamatkan saingan liga musim lalu di kedudukan kedua pastinya mahu menamatkan dominasi enam musim berturut-turut dilakarkan Chelsea dalam mendakap kejuaraan Women’s Super League (WSL).

Arsenal
Pemain Arsenal meraikan kejayaan muncul juara UEFA Women’s Champions League 2024/25. Kredit Foto: Andrea Amato/NurPhoto) (Photo by Andrea Amato / NurPhoto via AFP

Kali terakhir Arsenal muncul juara WSL adalah pada musim 2018/19.

Arsenal Giat Perkuatkan Pasukan

Susulan dengan itu, The Gunners telah membawa dua nama besar bagi memperkuatkan pasukan iaitu Chloe Kelly dan Taylor Hinds.

Walaupun sedikit kecewa dalam saingan domestik, skuad kendalian Renée Slegers itu berjaya membawa pulang gelaran juara Women’s Champions League 2024/25 selepas mempamerkan aksi kental untuk menundukkan Barcelona 1-0 pada aksi final di Lisbon.

Sumber