Sky Sports mengeluarkan analisis tentang jarak masa di antara sepakan Trossard dengan wisel yang ditiup Michael Oliver yang membuatkan pemain itu dibuang padang.
Dalam aksi antara Manchester City vs Arsenal di Etihad semalam, Trossard dibuang padang pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Dengan VAR mengesahkan bahawa pemain itu menerima kad merah setelah menerima kad kuning kedua, kerana menyepak bola selepas wisel dibunyikan pengadil.
Pemain pemain Arsenal membantah kad kuning itu dengan menyatakan bahawa Trossard cuba menghantar bola jauh untuk dikejar Gabriel Martinelli.
Sebelum itu Trossard sudah mengasari pemain Man City dan pengadil segera meniup wisel dan kemudian Trossard menyepak bola, tindakan dianggap tiada semangat kesukanan dan protes melampau ke atas pengadil.
Sky Sports mendapati jarak antara sepakan Trossard dengan wisel pengadil adalah 0.84 saat. Tidak sampai sesaat. Jadi, adalah sesuatu yang sukar difahami oleh Mikel Arteta ketika pengadil memberitahunya pemain itu menyepak bola kerana protes ke atas wisel faul pengadil.
Arteta memutuskan tidak mahu memberikan komen lebih lanjut, kerana menurutnya, jika kesalahan seperti itu berhak mendapat kad merah maka selepas ini akan ada 100 perlawanan EPL lagi akan beraksi 10 vs 11.
“Kad merah? Saya memutuskan tidak mahu memberikan komen. Saya nampak. Jelas sekali.
“Saya sekarang ini menjangkakan bahawa 100 aksi Liga Perdana Inggeris selepas ini akan melibatkan 10 menentang 11.”
🔴⚪️⚠️ Arteta: “Red card? I prefer not to comment… I've seen it. It's that obvious”.
“I'm expecting now 100 Premier League games to be played 10 against or 11”. pic.twitter.com/YfkkChSlc2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 22, 2024