Semalam, Tomok memberitahu bahawa dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja tertumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik tersebut.
Susulan itu, Tomok memberitahu mahu menjual pakaian tersebut kerana bukanlah saiznya dan hal itu telah meraih perhatian orang ramai.
Baca Juga:
- Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku Pada Pakaian Di Butik Levi’s
- Khairulaming Tampil Jawab Secara Matang Kenapa Perlu Guna Minyak Banyak Ketika Masak Sambal
- Jualan Baju Melayu RM1 Makan Diri, Butik Terkenal Terpaksa Tutup Awal Kerana Pelanggan ‘Merusuh’
Terbaharu, Tomok telah memuat naik video di Instagram miliknya akan keadaan pakaian tersebut dan juga harga yang dijualnya serta mereka yang berminat boleh menghubunginya.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga peminat yang meminta agar Tomok tandatangan di bahagian terkena pengilat kuku sebagai tanda kenangan beli daripadanya.
Difahamkan, kurang daripada 2 jam selepas video itu dimuat naik, pakaian yang dijualnya telah ‘sold out’ dan dia berasa terharu atas sokongan mereka yang sanggup membeli pakaian tersebut.