Son Heung Min memberikan tabik hormat kepada pasukan Palestin yang mengikat Korea Selatan 1-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia baru baru ini.

Son menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-16 setelah Palestin mendahului menerusi Zaid Qunbar pada minit ke-12.

Perlawanan kedua dua pasukan terpaksa dilangsungkan di Jordan berikutan negara tersebut yang bergolak.

Selepas tamat perlawanan, kapten kebangsaan Korea Selatan dan Spurs itu berkata: “Saya bersyukur kerana pemain pemain kami yang bekerja keras sepanjang tahun ini.

“Dan sebagai kapten saya sangat berterima kasih kepada mereka.

“Perlawanan hari ini bukannya mudah. Dan saya nak berikan tepukan kepada pasukan Palestin.

“Melihat betapa mereka bekerja keras walaupun dalam keadaan yang sangat sukar.

“Pada pandangan saya, ada perkara yang kita semua boleh pelajari daripada mereka.”

Beberapa bulan lalu penyokong pasukan Pahlawan Taeguk turut memberikan sokongan kepada Palestin di dalam stadium mereka di Korea Selatan.

Heungmin Son’s post match interview, where he applauds Palstine’s team
byu/hairtie1 insoccer

Di mana penyokong mereka menggunakan kesempatan untuk memberikan sokongan kepada negara itu yang sedang bergelut dengan krisis kemanusiaan.

Oleh kerana FIFA dan AFC mengharamkan sebarang bentuk sokongan yang dikatakan berbaur politik kepada negara lain. Maka mengibarkan bendera Palestin adalah tidak dibenarkan ketika krisis sedang berlaku di sana.

Namun oleh sebab perlawanan tersebut melibatkan aksi Korea Selatan vs Palestin. Maka ratusan penyokong Korea Selatan telah menyertai penyokong Palestin dalam stadium.

Mereka bersama sama mengibarkan bendera Palestin dan menunjukkan isyarat keamanan dan sokongan. Mereka malah mempelajari lagu kebangsaan Palestin sebelum perlawanan.

FIFA tidak boleh mengenakan tindakan ke atas  mereka. Kerana aksi ini ada Palestin. Membuatkan ramai yang menggelarkan penyokong Korea Selatan sebagai panjang akal dan bijak.