Selepas kontroversi dimana dia tidak dibayar oleh agensi, Song Ji Hyo telah menandatangani kontrak eksklusif dengan sebuah agensi baru iaitu Nexus E&M pada tahun lalu.

Nexus E&M adalah anak syarikat yang dibiayai oleh Nexus Pharma Co. Ltd. yang ditubuhkan dengan hasrat untuk memperluaskan perniagaan hiburan. Hubungan baik ini khabarnya terjalin kerana Song Ji-hyo yang sebelum ini bekerja dengan Nexus Pharma sebagai duta jenama produk kecantikan Glutanex.

Baca Juga:

Bukan sahaja cantik tetapi Ji Hyo juga terkenal sebagai seorang yang murah hati dan sering melayan peminatnya dengan baik. Terbaharu, seorang pekerja yang bekerja di Nexus Pharmaceutical berkongsi di laman X bahawa dia menerima hadiah daripada Ji Hyo.

Menurutnya, Ji Hyo telah memberikannya minyak wangi berjenama berharga 460,000 won (~RM1,620) sebagai hadiah tahun baru dan menzahirkan rasa gembira menerima minyak wangi tersebut.

Perkongsiannya telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata peminat Song Ji Hyo berasa cemburu dengan pekerja tersebut yang boleh dikatakan bekerja rapat dengan pelakon tersebut.

Malah, ada juga netizen yang bertanya jika ada kerja kosong di syarikat terbabit kerana mahu memohon kerja dan rata-rata netizen turut menzahirkan rasa cemburu.