Raya bukan sekadar gaya— ia tentang warisan yang kita bawa bersama. Tak Lapuk Dek Hujan kali ini bawakan anda pembuat songkok ternama di Kuala Lumpur.

Kalau anda sedang mencari songkok buatan tangan yang masih mengekalkan nilai tradisi, singgah ke Pasar Dato’ Keramat dan cari kedai songkok M.D Johan. Anda akan bertemu pembuat songkok ‘old school’ yang masih setia dengan jahitan tangan untuk setiap produknya.

Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Encik Mustafa Maarof mengambil alih dan meneruskan perniagaan keluarganya sehingga ke hari ini.

Setiap songkok dihasilkan dengan ketelitian tinggi—dari pemilihan material hingga ke kemasan terakhir. Sebab itu ramai pelanggan setia kembali setiap tahun, bukan hanya untuk kualiti, tetapi juga untuk rasa eksklusif dan kemasan yang sukar ditandingi.

Permintaan songkok tinggi ‘gara-gara’ Joe Flizzow

Artis rap terkemuka negara, Joe Flizzow merupakan antara pelanggan tetap di M.D Johan. Menurut Encik Mustafa, Joe akan hadir ke kedainya dan membuat tempahan songkok sekitar 5-6 buah untuk dirinya.

2 tahun lalu Joe Flizzow ada membuat perkongsian video khas dia membeli songkok di M.D Johan dan secara tidak langsung mempromosikan kedai songkok itu ke audiens yang baharu.

@vocket

Kedai Songkok ‘Legend’ M.D Johan, Kampung Dato’ Keramat – Tak Lapuk Dek Hujan Raya bukan sekadar gaya—ia tentang warisan yang kita bawa bersama. Kalau anda sedang mencari songkok buatan tangan yang masih mengekalkan nilai tradisi, singgah ke Pasar Dato’ Keramat dan cari M.D Johan. Di sinilah antara pembuat songkok ‘old school’ yang masih setia dengan jahitan tangan untuk setiap produknya. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, Encik Mustafa Maarof mengambil alih dan meneruskan perniagaan keluarganya sehingga ke hari ini. Setiap songkok dihasilkan dengan ketelitian tinggi—dari pemilihan material hingga ke kemasan terakhir. Sebab itu ramai pelanggan setia kembali setiap tahun, bukan hanya untuk kualiti, tetapi juga untuk rasa eksklusif dan kemasan yang sukar ditandingi. Dalam dunia yang semakin moden, tempat seperti ini menjadi simbol bahawa tradisi masih relevan. Ini bukan sekadar aksesori Raya—ini adalah sebahagian daripada identiti. #TakLapukDekHujan

♬ original sound – vocket – vocket

Encik Mustafa berkata beliau menerima tempahan yang banyak selepas video itu tular sehingga ‘tidak cukup tangan’ namun tetap bersyukur dengan rezeki yang hadir.

Dalam dunia yang semakin moden, tempat seperti ini menjadi simbol bahawa tradisi masih relevan. Ini bukan sekadar aksesori Raya—ini adalah sebahagian daripada identiti.