Dalam dunia yang makin laju dan serba moden, masih ada insan yang memilih untuk kekal dengan cara lama — bukan kerana ketinggalan, tetapi kerana mereka percaya pada nilai, ketelitian dan jiwa dalam setiap hasil tangan.
Tak Lapuk Dek Hujan ialah siri di mana kami mencari pembuat dan individu yang terus mempertahankan tradisi serta keaslian, mengekalkan warisan yang dibina dengan sabar, kemahiran dan rasa hormat terhadap akar budaya.
Di sebalik perubahan zaman, mereka membuktikan bahawa sesuatu yang dibuat dengan jiwa tidak akan hilang ditelan masa.
Kesistimewaan Lomak Salai Tampin, Rasa Asli Negeri Sembilan
Lomak Salai Tampin merupakan destinasi popular di Negeri Sembilan yang menyajikan masakan asli Negeri Sembilan, terutamanya masak lemak salai yang menyelerakan.
Menurut pengasas Lomak Salai, Shariffuddin Bujang atau lebih dikenali dengan nama Pak Din berkata niat utama di sebalik terciptanya Lomak Salai Tampin ini adalah untuk mengekalkan warisan serta memperkenalkan rasa asli juadah Negeri Sembilan kepada lebih ramai orang.
Istimewa Ramadan ini, Pak Din bawa Lomak Salai Tampin ke Kuala Lumpur untuk lebih ramai mencuba menu asli Negeri Sembilan ini.
Mengangkat nostalgia juadah Ramadan dalam sentuhan moden, buffet ramadan Lomak Salai x Heritage Valley ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana penuh kemeriahan, dihiasi dekorasi berinspirasikan suasana kampung.
Bagi memastikan keaslian dari segi rasa dan kualiti, setiap juadah dimasak sepenuhnya di dapur mereka Tampin dan dibawa ke ibu kota setiap hari.
@vocket Tak Lapuk Dek Hujan Episod 1: Lomak Salai Tampin, Juadah Warisan Asli Negeri Sembilan Lomak Salai Tampin merupakan destinasi popular di Negeri Sembilan yang menyajikan masakan asli Negeri Sembilan, terutamanya masak lemak salai yang menyelerakan. Menurut pengasas Lomak Salai, Shariffuddin Bujang atau lebih dikenali dengan nama Pak Din berkata niat utama di sebalik terciptanya Lomak Salai Tampin ini adalah untuk mengekalkan warisan serta memperkenalkan rasa asli juadah Negeri Sembilan kepada lebih ramai orang. Istimewa Ramadan ini, Pak Din bawa Lomak Salai Tampin ke Kuala Lumpur untuk lebih ramai mencuba menu asli Negeri Sembilan ini. Mengangkat nostalgia juadah Ramadan dalam sentuhan moden, buffet ramadan Lomak Salai x Heritage Valley ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana penuh kemeriahan, dihiasi dekorasi berinspirasikan suasana kampung. Bagi memastikan keaslian dari segi rasa dan kualiti, setiap juadah dimasak sepenuhnya di dapur Lomak Salai di Tampin dan dibawa ke ibu kota setiap hari! Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk sajian masak lemak Negeri Sembilan, dengan pilihan seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak dan tidak lupa tempoyak daun kayu; juadah yang tersangat jarang boleh didapat pada ketika ini. Jemput ke Heritage Valley sepanjang Ramadan ini untuk merasai pengalaman makan makanan asli Negeri Sembilan oleh Lomak Salai. Setiap suapan pasti sodap sampai terlolap mato ❤️ #Vocket #taklapukdekhujan
“Apa yang anda makan di sini nanti semuanya dimasak oleh mak cik & pak cik yang sama masa di Lomak Salai Tampin. Air tangan ‘orang lamo’ ni tak boleh lawan.
“Dari segi rasa kami tak ubah. Kuah lemak kami di Tampin pedas, jadi kami kekalkan begitu untuk tidak mengganggu rasa setiap juadah,” kata Pak Din.
Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk sajian masak lemak Negeri Sembilan, dengan pilihan seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak dan tidak lupa tempoyak daun kayu; juadah yang tersangat jarang boleh didapati pada ketika ini.
Bagi anda yang mahu merasai keaslian makanan Negeri Sembilan, jemput ke Heritage Valley sepanjang Ramadan ini untuk merasai pengalaman makan makanan asli Negeri Sembilan oleh Lomak Salai. Setiap suapan pasti buat anda tersenyum.