Semasa sesi rasmi bersama media tempatan dan pemegang saham peruncitan dan hartanah di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur, Frasers Group Asia berkongsi rancangan mereka di Malaysia pada tahun 2024, dan niat untuk memperluaskan jenamanya di Asia Tenggara, bermula dengan Indonesia.

Frasers Group Plc memiliki dan mengendalikan peruncitan Sports Direct dan USC, dengan 34 kedai di semenanjung dan di Timur Malaysia, baru-baru ini membuka kedai Sports Direct terbaru di Aeon Tebrau, Johor.

Sports Direct adalah salah satu pembekal barangan sukan terkemuka di Eropah dan mengendalikan portfolio pelbagai cawangan dan jenama sukan, kecergasan, fesyen, dan gaya hidup.

Selain 34 kedai peruncitan di Malaysia, ia juga menguruskan laman web SPORTSDIRECT.COM.MY untuk permintaan domestik dan serantau. Sports Direct Malaysia menawarkan lebih daripada 80 jenama sukan global terkemuka dengan variasi dan nilai yang tiada tandingan.

Frasers Group Asia mengumumkan pembukaan lima kedai Sports Direct baru menjelang akhir tahun 2024 di Sunshine Mall Penang, Bintang Mall Miri, Aeon Nilai, Aeon Kota Bahru, dan Mayang Mall Terengganu. Frasers Group Asia turut mengumumkan pembukaan dua kedai utama Sports Direct di Mid Valley Mega Mall dan Sunway Pyramid pada akhir tahun 2024.

CEO Frasers Group, Michael Murrary menerangkan jenama yang dibawa Sports Direct di Malaysia

Rangkaian Sports Direct menawarkan jenama sukan dan gaya hidup terbesar di dunia antaranya Nike, adidas, Puma, Under Armour, New Balance, dan Asics. Rangkaian ini juga mempunyai kawasan sukan yang didedikasikan dalam kategori utama seperti running, bola sepak, latihan dan outdoor.

Pengembangan Sports Direct di Kuala Lumpur menandakan komitmen Kumpulan untuk membawa jenama terbaik dalam peruncitan sukan ke Malaysia.

Ini termasuk menawarkan pelanggan lebih banyak jenama dari portfolio jenama Kumpulan, termasuk USC yang merupakan kawasan dedikasi dalam Sports Direct untuk membeli jenama premium dan gaya hidup yang paling ikonik.