Kecoh baru-baru ini apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara mengejut dengan melibatkan diri dalam sebuah insiden yang telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah berjaya mengesan ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika ini, SPRM juga sudah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes membabitkan seorang pelancong asing.

“Suspek yang dikesan dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

“SPRM juga giat mengesan individu yang merupakan agen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau turut menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan masa bagi SPRM melengkapkan siasatan ini.

Difahamkan antara kemasukan yang tidak lengkap adalah ketiadaan pasport yang sah, tiada tiket pergi dan balik, tiada hotel penginapan dan tiada jumlah kewangan yang mencukupi.

Sekiranya, faktor asas itu tidak mencukupi mereka tidak diiktiraf sebagai pelancong yang tulen dan Imigresen berhak untuk menolak kemasukan mereka atau tindakan NTL (Not To Land) atau notis penolakan masuk.

Sumber